Bila masuk hujung-hujung kehamilan, ramai ibu mula risau bila rasa sakit contraction tapi tiada tanda nak bersalin.
Ada yang perut mengeras, ada yang rasa senak macam period pain, tapi bila check – tak keluar darah, air ketuban pun tak pecah.
Situasi ni memang buat ibu tertanya-tanya: “Eh, ni contraction betul ke palsu?”
Jangan risau, keadaan macam ni sangat biasa dialami, terutamanya bila badan tengah buat persediaan untuk bersalin.
Dalam artikel ni, kami akan kongsikan tentang apa maksud sakit contraction tapi tiada tanda nak bersalin, macam mana nak bezakan kontraksi sebenar dengan palsu, berapa lama contraction biasanya berlaku, dan bila masa sesuai untuk pergi hospital.
Jom baca!
Bagaimana Rasa Kontraksi Bersalin?
Ramai ibu confuse nak bezakan kontraksi sebenar dengan Braxton Hicks (kontraksi palsu).
Bezanya, kontraksi bersalin biasanya:
- Datang semakin kuat – mula perlahan tapi makin lama makin sakit.
- Datang semakin kerap – selang masa makin pendek.
- Tak hilang dengan rehat – walaupun baring atau minum air, sakit tetap ada.
Manakala sakit contraction tapi tiada tanda kadang-kadang hanyalah perut mengeras sebab rahim “berlatih” untuk bersalin.
Ibu boleh rasa:
- Perut rasa ketat dan keras beberapa saat.
- Ada rasa sakit macam senggugut tapi sekejap-sekejap.
- Hilang bila ibu tukar posisi, mandi suam atau berehat.
Jadi, kalau ibu rasa sakit contraction tapi tiada tanda nak bersalin seperti keluar darah atau pecah air ketuban, kemungkinan besar itu hanyalah kontraksi latihan.
Berapa Lama Masa Contraction?
Kontraksi tak datang sekali gus berpanjangan.
Ibu akan melalui sakit contraction seperti di bawah:
- Fasa awal – Kontraksi setiap 15–20 minit, sakit ringan, sekitar 30–40 saat saja. Kadang-kadang masa ni ibu rasa macam sakit contraction tapi tiada tanda nak bersalin yang jelas.
- Fasa aktif – Kontraksi jadi setiap 3–5 minit, sakit makin kuat, boleh tahan 1 minit. Ini biasanya tanda nak bersalin.
- Fasa peralihan – Contraction sangat kuat, datang setiap 2–3 minit. Masa ni memang confirm baby dah dekat nak keluar.
Kalau kontraksi datang tapi hilang selepas rehat, itu bukan tanda bersalin.
Tapi kalau makin kerap dan makin sakit, ibu perlu alert sebab itu tanda betul.
Kenapa Bayi Mengeras Dalam Perut?

Selain kontraksi, ibu juga selalu rasa perut mengeras bila bayi bergerak.
Jangan risau, ini normal.
Antara sebabnya:
- Bayi bergerak aktif – Kadang-kadang bila baby tendang atau ubah posisi, perut automatik rasa keras.
- Rahim mengecut – Normal untuk rahim buat contraction kecil bila baby makin membesar.
- Dehidrasi – Kurang minum air boleh buat perut cepat rasa keras.
Cuma beza perut keras sebab baby aktif dengan sakit contraction tapi tiada tanda adalah pada rasa sakitnya.
Kalau sekadar baby bergerak, ibu hanya rasa keras tanpa sakit sangat.
Tapi kalau kontraksi, ibu akan rasa sakit beralun dari pinggang ke perut bawah.
Perut Mengeras, Sakit Contraction Tapi Tiada Tanda Nak Bersalin
Ramai ibu akan alami perut mengeras tapi tiada tanda bersalin sepanjang trimester ketiga.
Ini dipanggil Braxton Hicks.
Biasanya ia berlaku bila:
- Ibu terlalu aktif (jalan lama, berdiri lama).
- Ibu kurang minum air.
- Baby makin besar, rahim makin tegang.
Cara nak legakannya:
- Minum air kosong lebih banyak.
- Rehat atau baring mengiring.
- Ambil nafas dalam-dalam bila kontraksi datang.
- Mandi air suam untuk relakskan otot rahim.
Kalau kontraksi makin kerap dan sakit, walaupun tak ada tanda keluar darah, ibu tetap kena alert.
Kadang-kadang kontraksi awal ni boleh jadi petunjuk pintu rahim dah mula terbuka.
Sakit Contraction Tapi Tiada Tanda Nak Bersalin VS Tanda Contraction Sebenar

Untuk bezakan dengan sakit contraction tapi tiada tanda, ini tanda contraction bersalin sebenar:
- Sakit makin kuat dan konsisten.
- Sakit bergerak dari pinggang ke depan perut.
- Tak hilang walaupun rehat atau tukar posisi.
- Ada keluar bloody show (lendir bercampur darah).
- Air ketuban pecah.
Kalau ada tanda ni, confirm ibu dah masuk fasa bersalin.
Tanda-Tanda Bersalin Sudah Dekat
Selain kontraksi, badan bagi beberapa “hint” bila bersalin makin dekat:
- Baby turun ke bawah (ibu rasa lebih ringan di bahagian dada tapi lebih berat di pinggul).
- Sering kerap buang air kecil.
- Rasa sakit pinggang berpanjangan.
- Keluar lendir darah (bloody show).
- Tenaga tiba-tiba meningkat (ada ibu rasa nak kemas rumah tiba-tiba).
Kalau tanda ni muncul bersama kontraksi yang konsisten, maknanya dah dekat sangat untuk ke hospital.
Bila Perlu ke Hospital untuk Bersalin?

Kadang-kadang ibu rasa sakit contraction tapi tiada tanda, jadi ragu-ragu nak pergi hospital atau tidak.
Panduannya:
- Pergi segera kalau air ketuban pecah, walaupun kontraksi belum mula.
- Pergi segera kalau ada pendarahan banyak.
- Pergi segera kalau bayi kurang bergerak dari biasa.
- Pergi bila kontraksi datang setiap 5 minit, sakit berterusan 1 minit, berulang selama 1 jam (rule 5-1-1).
Lebih baik ke hospital awal daripada tunggu terlalu lama.
Kesimpulan
Sakit contraction tapi tiada tanda bukanlah sesuatu yang pelik.
Ia boleh jadi kontraksi latihan (Braxton Hicks), perut mengeras sebab baby aktif, atau badan tengah buat persiapan untuk bersalin.
Ibu jangan panik, sebaliknya cuba rehat, minum air, dan catat selang masa kontraksi.
Yang penting, ibu kena tahu beza contraction palsu dan sebenar.
Bila sakit makin kuat, kerap, dan ada tanda tambahan macam bloody show atau air ketuban pecah, itu masanya untuk ke hospital.



