Makan Pil Emergency Elak Hamil? Ketahui Cara Makan Pil Perancang Kecemasan Yang Betul!

Makan Pil Emergency Elak Hamil? Ketahui Cara Makan Pil Perancang Kecemasan Yang Betul!

Pil perancang kecemasan semakin menjadi pilihan ramai wanita sebagai langkah ‘back-up’ jika berlaku insiden terlupa makan pil biasa, kondom bocor, atau hubungan tanpa perlindungan.

Tak kira sama ada dirancang atau tidak, penting untuk setiap pasangan yang sedang merancang keluarga tahu cara makan pil perancang kecemasan dengan betul supaya kesannya lebih berkesan dan selamat.

Artikel ini akan kupas topik pil perancang kecemasan bermula daripada jenis yang ada di pasaran, cara pengambilan, tempat beli, harga, dan semua yang anda perlu tahu sebagai wanita moden yang mahu bertanggungjawab terhadap kesihatan reproduktif sendiri.

Jom baca!

Apa Itu Pil Perancang?

Pil perancang ialah sejenis ubat yang digunakan untuk mencegah kehamilan.

Ia mengandungi hormon yang mengawal proses ovulasi (pengeluaran telur dari ovari), menghalang sperma bersenyawa dengan telur, serta menebalkan lendir serviks supaya sukar untuk sperma bergerak.

Ada dua jenis utama pil perancang iaitu pil perancang harian dan pil perancang kecemasan (juga disebut morning-after pill).

Pil harian perlu diambil setiap hari pada waktu yang sama, manakala pil perancang kecemasan hanya diambil apabila berlaku ‘kecemasan’ seperti kondom bocor, lupa makan pil biasa atau melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

Kedua-dua jenis pil ini diambil dengan tujuan yang sama – mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang, tapi cara pengambilan dan keberkesanan agak berbeza.

Jadi, penting untuk tahu bila dan bagaimana nak guna setiap jenis dengan betul.

Jenis Pil Perancang Kecemasan

pil perancang kecemasan
Pil pencegah kehamilan di farmasi.

Ada beberapa jenis pil perancang kecemasan yang biasa dijual di farmasi.

Pil ini biasanya dibahagikan kepada dua kategori:

1. Pil Levonorgestrel

Ini adalah jenis paling biasa dan popular di Malaysia.

Nama yang paling dikenali adalah Postinor-2.

Ia mengandungi hormon levonorgestrel 0.75mg setiap biji.

Biasanya, cara makan postinor 2 biji sekaligus .

Namun, ada juga yang makan satu biji postinor diambil secepat mungkin selepas hubungan intim, dan satu lagi selepas 12 jam.

Nota penting: Semakin cepat diambil, semakin tinggi keberkesanan.

2. Pil Ulipristal Acetate

Pil ini mengandungi bahan aktif ulipristal acetate.

Jenama popular: ellaOne.

Ia diambil satu biji sahaja, dan lebih efektif berbanding levonorgestrel jika diambil dalam masa 5 hari.

Namun, ellaOne lebih susah didapati di Malaysia dan mungkin memerlukan preskripsi doktor.

3. Pil perancang kecemasan gabungan estrogen + progestin

Jenis ini kurang popular dan biasanya digunakan hanya apabila jenis lain tiada.

Ia perlu diambil dalam dos yang lebih tepat dan teliti, jadi anda disarankan untuk mengikut saranan doktor.

Kesimpulannya, pil perancang kecemasan yang biasa anda jumpa di farmasi Malaysia ialah jenis levonorgestrel, dan yang paling dikenali tentulah Postinor-2.

Baca juga:

Ambil Pil Perancang Kehamilan Untuk Elak Hamil? Ini Cara Makan Yang Betul!

13 Pilihan Untuk Rancang Keluarga, Ini Cara Mencegah Kehamilan Yang Selamat!

Pil Perancang Kecemasan di Farmasi

Ramai tertanya-tanya, boleh ke beli pil perancang kecemasan di farmasi?

Jawapannya: Ya, boleh!

Kebanyakan farmasi komuniti di Malaysia menjual pil perancang kecemasan seperti Postinor-2 secara OTC (over the counter), tanpa preskripsi.

Tapi ada juga farmasi yang mungkin:

  • Tanya soalan ringkas tentang tujuan anda beli.
  • Minta kad pengenalan (jarang berlaku, tapi boleh terjadi).
  • Nasihatkan anda cara makan dan kesan sampingan ringkas.

Tips apabila beli pil perancang kecemasan di farmasi:

  • Tanya terus nama produk (contoh: “Ada Postinor?”).
  • Minta ahli farmasi terangkan cara makan.
  • Simpan resit & kotak untuk rujukan masa depan.

Penting!

Walaupun pil emergency ini boleh dibeli tanpa preskripsi, namun penggunaannya tetap perlu dibuat secara bertanggungjawab.

Jangan jadikan pil emergency ini sebagai pengganti rutin perancang biasa.

Cara Makan Pil Perancang Kecemasan

pil perancang kecemasan
Ambil tahu cara makan pil perancang untuk memastikan keberkesanannya.

Soalan yang paling kerap ditanya bagaimanakah cara makan pil perancang kecemasan yang betul dan berkesan.

Cara makan postinor:

  • 1 biji secepat mungkin (dalam masa 72 jam selepas hubungan).
  • 1 biji lagi selepas 12 jam ATAU
  • Makan postinor 2 biji sekaligus (jika nak cepat dan mudah).

Bila perlu makan?

  • Lagi cepat anda ambil selepas hubungan intim, lagi tinggi kadar keberkesanan pil emergency ini.
  • Diambil dalam masa 24 jam pertama: 95% keberkesanan.
  • Diambil antara 48–72 jam: turun ke 58%.

Tips makan:

  • Makan selepas makan berat (elak rasa loya).
  • Kalau muntah dalam masa 2 jam, makan semula pil.
  • Jangan ambil lebih dari dua kali dalam satu kitaran haid.

Harga Pil Perancang Kecemasan

Harga pil perancang emergency boleh berbeza mengikut jenama dan farmasi.

Secara umum:

JenamaKandunganHarga Anggaran
Postinor-2Levonorgestrel 0.75mg x2RM10 – RM25
EllaOneUlipristal Acetate 30mgRM60 – RM100 (jarang dijual di Malaysia)
Jenama generik lainLevonorgestrelRM8 – RM20

Jika anda beli di farmasi besar seperti beli pil pencegah kehamilan di Watson, Guardian atau farmasi komuniti, biasanya harga adalah berpatutan.

Tapi pastikan anda beli dari tempat sah, bukan online yang tidak sah atau meragukan!

Pil Pencegah Kehamilan 24 Jam: Adakah Ia Berkesan?

Ada juga yang guna istilah pil pencegah kehamilan 24 jam, yang sebenarnya merujuk kepada pil perancang kecemasan.

Istilah ini mungkin buat kita fikir ia hanya boleh diambil dalam masa 24 jam, tapi sebenarnya:

  • Ia boleh diambil sehingga 72 jam selepas bersama pasangan.
  • Lebih cepat = lebih berkesan.

Ingat: Pil ini bukan “ajaib” untuk cegah kehamilan 100%, tetapi ia cara kecemasan yang selamat jika diambil dengan betul.

Adakah Pil Ini Selamat Diambil?

Secara umum, pil perancang kecemasan adalah selamat untuk digunakan oleh kebanyakan wanita.

Tapi, harus diingat bahawa ada kesan sampingan ringan yang mungkin dialami, seperti:

  • Loya atau muntah.
  • Sakit kepala.
  • Payudara rasa tegang.
  • Kitaran haid jadi tidak teratur (awal/lambat sedikit).
  • Rasa penat.

Morning-after pill tidak sesuai untuk:

  • Wanita yang sedang hamil (tak beri kesan, tapi tak diperlukan).
  • Wanita yang ada alahan terhadap bahan aktif.
  • Penggunaan kerap setiap bulan – bukan tujuan pil ini.

Apa Perlu Buat Selepas Ambil Pil?

pil perancang kecemasan
Apa perlu buat selepas ambil pil perancang kecemasan?

✅ Perhatikan kitaran haid anda selepas ambil pil.
✅ Jika haid lewat lebih 1 minggu – buat ujian kehamilan.
✅ Jangan jadikan pil ini sebagai rutin — guna kaedah perancang lain untuk jangka panjang.
✅ Boleh jumpa doktor untuk bincang pilihan alat perancang terbaik.

Pilihan Bijak Untuk Situasi Kecemasan

Pil perancang kecemasan bukan untuk diguna selalu, tetapi ia sangat berguna dalam keadaan tertentu.

Ia selamat, mudah diakses dan memberi perlindungan tambahan apabila ‘terlupa’ atau ada masalah semasa hubungan seks.

Paling penting, ambil tindakan segera, makan ikut arahan, dan rancang kesihatan anda dengan lebih teliti selepas ini.

Jika anda pernah alami situasi yang memerlukan pengambilan pil perancang kecemasan, pastikan anda tahu pilihan yang ada dan cara makan yang betul.

Jangan ragu untuk bertanya terus kepada ahli farmasi atau doktor.

Untuk lebih banyak tips kesihatan wanita dan kehamilan, layari BukuPink.my — rujukan #1 ibu moden di Malaysia!

Buku Pink hanya menggunakan sumber yang berkualiti tinggi, termasuk kajian yang disemak oleh pakar, untuk menyokong fakta dalam setiap artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui bagaimana kami menyemak fakta dan memastikan kandungan kami tepat, boleh dipercayai dan sahih.

BACA INI SETERUSNYA

Tag artikel