17 Jenis Makanan Ini Ibu Hamil Mesti Elak! Pantang Larang Makanan Awal Kehamilan

17 Jenis Makanan Ini Ibu Hamil Mesti Elak! Pantang Larang Makanan Awal Kehamilan

Pernah dengar pantang larang makanan awal kehamilan? Ada ke?

Pemakanan ibu hamil adalah antara perkara paling penting yang perlu diberi perhatian sejak trimester pertama.

Fasa awal kehamilan merupakan tempoh kritikal untuk perkembangan janin.

Justeru, pemilihan makanan yang betul boleh memberi kesan besar terhadap kesihatan ibu serta tumbesaran bayi dalam kandungan.

Sama ada anda baru disahkan hamil atau sedang merancang kehamilan, memahami pantang larang makanan awal kehamilan adalah langkah bijak demi memastikan proses kehamilan berjalan lancar tanpa komplikasi yang tidak diingini.

Jom teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan untuk ibu mengandung yang disarankan dan perlu dielak.

Mengapa Penting Untuk Tahu Pantang Larang Makanan Awal Kehamilan?

Dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan, organ penting bayi seperti otak, jantung dan sistem saraf mula terbentuk.

Oleh itu, ibu hamil perlu berhati-hati dengan setiap makanan yang diambil kerana:

  • Sistem imun ibu menjadi lemah, mudah dijangkiti bakteria dan virus dari makanan tercemar.
  • Janin yang sedang berkembang sangat sensitif terhadap bahan kimia, racun makanan, dan toksin.
  • Risiko keguguran lebih tinggi jika ibu mengambil makanan yang tidak selamat.

Antara sebab utama kewujudan pantang larang makanan awal kehamilan adalah untuk melindungi ibu daripada keracunan makanan seperti masalah listeriosis, salmonella dan toksoplasmosis, yang boleh mengakibatkan keguguran atau kecacatan bayi.

Baca juga:

Panduan Lengkap Kehamilan: Apa Yang Anda Perlu Tahu!

Senarai Makanan yang Dilarang Awal Kehamilan

pantang larang makanan awal kehamilan
Ibu hamil digalakkan mengambil makanan secara bersederhana.

Terdapat beberapa jenis makanan yang tergolong dalam kategori berisiko dan perlu dielakkan sepanjang awal kehamilan.

Berikut ialah senarai pantang larang makanan awal kehamilan yang wajib diketahui:

1. Makanan Mentah atau Separuh Masak

  • Contoh: sushi, telur separuh masak, daging mentah.
  • Risiko: Mengandungi bakteria seperti Salmonella dan Listeria yang boleh menyebabkan keguguran.

2. Susu Tidak Dipasteur dan Keju Lembut

  • Contoh: brie, feta, camembert.
  • Risiko: Listeria boleh menembusi uri dan menjangkiti janin.

3. Ikan Bermerkuri Tinggi

  • Contoh: ikan todak, jerung, marlin.
  • Risiko: Merkuri mengganggu perkembangan otak janin.

4. Hati dan Produk Hati

  • Hati mengandungi vitamin A dalam jumlah tinggi yang boleh membahayakan janin jika diambil berlebihan.

5. Kafein Berlebihan, makanan yang dilarang untuk ibu hamil trimester pertama

  • Pengambilan lebih 200mg kafein sehari boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang dan berat bayi rendah.

Pantang larang makanan awal kehamilan ini perlu dipatuhi dengan konsisten sepanjang trimester pertama bagi mengelakkan komplikasi tidak diingini.

Buah yang Dilarang untuk Ibu Hamil Awal Trimester

Dalam menjaga pantang larang makanan awal kehamilan, ibu hamil juga perlu berhati-hati dalam memilih buah-buahan.

Walaupun buah secara umumnya kaya vitamin dan serat, namun terdapat beberapa jenis buah-buahan yang boleh mendatangkan risiko jika diambil secara berlebihan dalam trimester pertama.

pantang larang makanan awal kehamilan
Buah nanas mengandungi bromelain yang bahaya untuk ibu hamil jika diambil secara berlebihan.

1. Nanas

Nanas mengandungi enzim bromelain yang boleh melembutkan serviks dan merangsang pengecutan rahim.

Pengambilan berlebihan, terutamanya pada awal kehamilan, boleh meningkatkan risiko keguguran.

2. Betik Muda

Betik yang belum masak sepenuhnya mengandungi lateks yang boleh mencetuskan kontraksi rahim.

Ia juga boleh menyebabkan ketidakselesaan perut dan masalah pencernaan bagi sesetengah wanita hamil.

3. Anggur (dalam kuantiti berlebihan)

Walaupun kaya antioksidan, namun anggur terutama jenis hitam mengandungi resveratrol yang boleh mengganggu keseimbangan hormon jika diambil berlebihan.

Selain itu, kulit anggur sukar dihadam dan boleh menyebabkan sembelit.

Sebagai langkah selamat, ibu hamil digalakkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil sebarang jenis buah secara kerap dalam diet harian.

Pastikan juga buah dicuci bersih dan diambil dalam jumlah sederhana.

Makanan yang Perlu Dikurangkan Walaupun Tidak Dilarang Sepenuhnya

Selain makanan yang perlu dielakkan terus, terdapat beberapa jenis makanan yang boleh diambil secara sederhana sahaja:

1. Makanan Bergula Tinggi

  • Contoh: kek, biskut, minuman bergas.
  • Risiko: Boleh menyebabkan kencing manis semasa hamil (GDM).

2. Makanan Terlalu Masin

  • Contoh: jeruk, ikan masin.
  • Risiko: Menyumbang kepada tekanan darah tinggi semasa hamil (preeclampsia).

3. Makanan Segera dan Diproses

  • Contoh: nuget, sosej, burger.
  • Risiko: Tinggi kandungan garam, lemak trans dan bahan pengawet.

4. Minuman Berkafein

  • Contoh: teh tarik, kopi, minuman tenaga.
  • Ambil tidak lebih dari satu cawan sehari.

Walaupun tidak termasuk dalam pantang larang makanan awal kehamilan yang mutlak, namun makanan-makanan ini wajar dikurangkan bagi memastikan kesihatan optimum sepanjang kehamilan.

Makanan Alternatif yang Selamat dan Digalakkan Awal Kehamilan

pantang larang makanan awal kehamilan
Pastikan pemakanan ibu hamil seimbang untuk kesihatan ibu dan bayi sepanjang kehamilan.

Untuk menggantikan makanan berisiko, ibu mengandung boleh memilih makanan yang lebih selamat dan berkhasiat.

Berikut antara cadangan makanan selamat untuk trimester pertama:

1. Sayur-sayuran Hijau

  • Contoh: bayam, brokoli, sawi.
  • Khasiat: Kaya asid folik, zat besi, vitamin K.

2. Buah-buahan Segar

  • Contoh: epal, oren, pisang.
  • Khasiat: Tinggi serat dan antioksidan, bantu cegah sembelit dan tingkat imun badan.

3. Sumber Protein Sihat

  • Contoh: ayam rebus, ikan bakar (rendah merkuri), telur masak penuh.
  • Khasiat: Menyokong pembinaan sel dan organ bayi.

4. Susu Pasteur dan Yogurt

  • Sumber kalsium dan probiotik yang penting untuk pertumbuhan tulang janin dan pencernaan ibu.

5. Karbohidrat Kompleks

  • Contoh: roti gandum penuh, beras perang, oat.
  • Khasiat: Membekalkan tenaga berpanjangan dan elak kenaikan gula mendadak.

Mengamalkan pemakanan seimbang bukan sahaja membantu perkembangan janin, malah mengurangkan risiko morning sickness dan keletihan melampau.

Mitos Berkaitan Pantang Larang Makanan Awal Kehamilan

Pantang larang makanan awal kehamilan bukan sahaja berdasarkan fakta perubatan, tetapi sering juga dipengaruhi oleh mitos yang diwarisi secara turun-temurun.

Walaupun ada yang berasas, namun sebahagian daripadanya tidak disokong oleh bukti saintifik.

Berikut antara mitos popular yang sering dikaitkan dengan makanan semasa awal kehamilan:

  • Eat for two- Ibu hamil perlu makan dua kali ganda

Ramai percaya bahawa ibu mengandung perlu makan untuk ‘dua orang’.

Hakikatnya, keperluan kalori hanya meningkat sedikit dalam trimester pertama, dan pengambilan berlebihan boleh menyebabkan kenaikan berat badan tidak sihat.

  • Tidak boleh makan makanan sejuk seperti tembikai dan nanas

Tembikai sebenarnya tinggi kandungan air dan sesuai untuk kekal hidrasi.

Namun, nanas hanya perlu dielakkan dalam kuantiti besar kerana enzim bromelain.

Perlu diketahui bahawa makanan sejuk tidak semestinya berbahaya.

  • Makan atau minum soya boleh buat kulit bayi cerah

Tiada bukti saintifik menyokong dakwaan ini.

Warna kulit bayi ditentukan oleh genetik, bukan makanan seperti soya.

  • Tidak boleh makan pedas sebab nanti anak panas baran.

Makanan pedas boleh jejaskan sistem pencernaan, tetapi tidak berkait dengan perangai anak.

  • Jangan minum air kelapa awal kehamilan.

Ada yang percaya ia menyebabkan janin ‘sejuk’. Sebenarnya air kelapa baik untuk hidrasi, cuma elakkan jika perut sensitif.

Meskipun kepercayaan ini sebahagiannya tiada bukti perubatan, namun tidak salah untuk berhati-hati selagi tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi.

Yang penting, beringatlah dan bersederhana dalam pengambilan pemakanan ibu hamil.

Sebagai ibu hamil, penting untuk menilai maklumat secara kritikal dan merujuk sumber yang sahih seperti pakar pemakanan atau doktor bertauliah.

Pilih Makanan yang Selamat, Elak yang Meragukan

Pantang larang makanan awal kehamilan bukan sekadar adat, tetapi satu keperluan demi menjamin keselamatan ibu dan perkembangan bayi.

Dengan memilih makanan yang betul, ibu dapat mengurangkan risiko komplikasi seperti keguguran, kecacatan kelahiran, dan jangkitan.

Ingatlah, setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh ibu juga akan mempengaruhi perkembangan dan kesihatan janin dalam kandungan.

Maka, pemakanan sihat adalah pelaburan terbaik untuk masa depan bayi anda.

Sedang hamil atau merancang untuk hamil?

Dapatkan senarai lengkap pantang larang makanan awal kehamilan daripada doktor atau pakar pemakanan anda hari ini.

Jangan ambil mudah soal pemakanan kerana ia penentu kesihatan anda dan si manja!

Buku Pink hanya menggunakan sumber yang berkualiti tinggi, termasuk kajian yang disemak oleh pakar, untuk menyokong fakta dalam setiap artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui bagaimana kami menyemak fakta dan memastikan kandungan kami tepat, boleh dipercayai dan sahih.

BACA INI SETERUSNYA

Tag artikel