Cara Tradisional Tambah Susu Badan, Barulah Bayi Kenyang & Tidur Lena

Cara Tradisional Tambah Susu Badan, Barulah Bayi Kenyang & Tidur Lena

Cara tradisional tambah susu badan memang jadi pilihan ramai ibu sejak dahulu.

Walaupun sekarang ada banyak produk moden, petua lama masih relevan sebab ia lebih semula jadi, murah, dan ramai ibu kata memang berkesan.

Tambahan pula, selepas bersalin, tubuh perlukan masa untuk pulih.

Jadi, bila susu badan terasa kurang, ibu-ibu mula mencari jalan supaya si manja dapat cukup bekalan.

Artikel ini akan membongkar pelbagai cara yang boleh anda cuba – daripada makanan, amalan harian, sokongan emosi, sehinggalah kepada petua orang lama.

Kenapa Susu Badan Boleh Jadi Kurang?

Sebelum cuba cara tradisional tambah susu badan, penting untuk tahu punca sebenar kenapa susu badan kurang.

Antara sebab susu badan kurang adalah:

  • Kurang kerap menyusu – prinsip asas penyusuan ialah “lagi kerap bayi menyusu, lagi banyak susu terhasil”.
  • Stres dan tekanan emosi – bila ibu stress, hormon prolaktin dan oksitosin boleh terganggu.
  • Pemakanan tak seimbang – badan ibu perlukan kalori, protein, vitamin dan mineral yang cukup untuk hasilkan susu.
  • Kurang minum air – susu terdiri daripada hampir 90% air, jadi kalau badan kurang cecair, susu pun mudah berkurang.
  • Kepenatan dan tidur tak cukup – selepas bersalin, ibu kurang rehat boleh menjejaskan hormon dan penghasilan susu.

Tanda Susu Badan Kurang

Sebelum mencuba cara tradisional tambah susu badan, penting untuk ibu kenal tanda-tanda susu badan kurang:

  • Bayi kerap menangis walaupun baru lepas menyusu.
  • Lampin kurang basah (air kencing sedikit dalam sehari).
  • Berat bayi tak naik ikut carta pertumbuhan.
  • Payudara rasa lembik & tak penuh macam biasa.
  • Bayi menyusu terlalu lama tapi masih nampak lapar.

Kalau tanda susu kurang ini berlaku, jangan panik.

Ada banyak langkah boleh diambil untuk pulihkan penghasilan susu.

Bila dah kenal pasti punca dan tanda susu badan kurang, barulah kita boleh pilih cara tradisional tambah susu badan yang sesuai.

cara tradisional tambah susu badan
Apakah tanda susu badan kurang?

Cara Tradisional Tambah Susu Badan

Salah satu cara menambah susu badan selepas bersalin ialah melalui makanan.

Orang dulu-dulu memang percaya makanan tertentu boleh jadi “milk booster” semula jadi.

Antara cara tradisional tambah susu badan adalah:

1. Daun Kelor (Moringa)

Cara tradisional tambah susu badan dengan daun kelor.

Daun kelor kaya zat besi, vitamin C, kalsium dan asid amino.

Ia membantu merangsang penghasilan susu serta beri tenaga pada ibu.

2. Halba (Fenugreek)

Cara tradisional tambah susu badan adalah dengan pengambilan halba.

Halba antara herba paling popular untuk cara tradisional tambah susu badan.

Ia dipercayai merangsang kelenjar susu.

Biasanya diminum dalam bentuk teh atau rebusan.

Cara Tradisional Tambah Susu Badan 3. Biji Jintan Manis (Fennel)

Biji jintan manis terkenal di Timur Tengah dan India.

Ia bukan sahaja bantu susu lebih banyak, malah boleh kurangkan kembung bayi kerana kesannya masuk dalam susu ibu.

Cara amalkan: Minum teh fennel atau kunyah segenggam kecil selepas makan.

3. Jantung Pisang

Cara tradisional tambah susu badan selepas bersalin dengan makan jantung pisang.

Sayur kampung ini dikatakan membantu banyakkan susu badan.

Selain murah, ia juga sedap dimasak lemak atau dicelur.

Cara Tradisional Tambah Susu Badan 4. Oat

Cara menambah susu badan selepas bersalin dengan oat.

Walaupun bukan “tradisional Melayu”, oat sudah lama digunakan oleh ibu-ibu sebagai makanan sihat untuk tambah susu.

Tinggi serat dan membantu kenyang lebih lama.

5. Air Rebusan Kurma & Kismis

Cara tambah susu badan selepas bersalin adalah dengan rebus kurma, kismis, dan sedikit gula batu.

Air manis semula jadi ini beri tenaga dan dikatakan bantu tambah susu badan.

Dengan mengamalkan makanan ini, ramai ibu perasan susu mereka jadi lebih pekat dan banyak.

6. Kacang Tanah

Kacang tanah rebus atau dimasukkan dalam sup juga sering diamalkan sebagai cara tradisional tambah susu badan.

Ia mengandungi protein, lemak sihat, vitamin B dan E yang baik untuk memulihkan tenaga ibu yang sering keletihan akibat menyusu.

Ramai ibu dalam pantang percaya kacang tanah dapat membantu mengekalkan penghasilan susu badan yang stabil.

7. Air Longan

Air rebusan longan kering berasa manis semula jadi, mudah diminum, dan sering dijadikan pilihan dalam berpantang.

Air longan bukan sahaja menyegarkan badan tetapi juga dipercayai dapat melancarkan susu ibu.

Dalam masyarakat Cina juga, air longan dijadikan minuman tradisi untuk kesihatan wanita selepas bersalin.

Ia sesuai dimasukkan dalam senarai cara tradisional tambah susu badan kerana kesan menyegarkan dan bantu menambah tenaga.

8. Lobak Putih

Sup lobak putih memang terkenal sebagai menu klasik untuk ibu menyusu.

Sayur ini dipercayai dapat merangsang kelenjar susu supaya lebih aktif dan melancarkan aliran susu.

Ramai orang tua akan menyediakan sup lobak putih bersama ikan bilis atau ayam sebagai makanan pantang.

Disebabkan keberkesanannya, lobak putih selalu disebut dalam senarai cara tradisional tambah susu badan yang wajib dicuba oleh ibu selepas bersalin.

9. Tuaman Daun Sirih

Tuaman daun sirih ialah teknik tradisional yang digunakan untuk melegakan payudara bengkak dan melancarkan susu.

Caranya mudah: daun sirih dipanaskan sebentar di atas api kecil, kemudian diletakkan di atas payudara.

Kaedah ini dipercayai membantu membuka saluran susu yang tersumbat, mengurangkan rasa sakit, dan mempercepatkan pengeluaran susu.

Inilah antara cara tradisional tambah susu badan yang lebih berbentuk rawatan luaran berbanding pemakanan.

Makanan Tambah Susu Badan

Makanan tambah susu badan merujuk kepada makanan yang boleh merangsang penghasilan susu ibu (milk booster).

Banyak pilihan makanan semula jadi yang boleh membantu ibu menyusu, antaranya:

1. Bawang Putih

Bawang putih bukan sahaja sedap, tapi juga dipercayai bantu tingkatkan kuantiti susu badan.

Malah, ada kajian yang kata bayi lebih lama menyusu bila ibu makan bawang putih.

Cara amalkan: Tambah bawang putih dalam sup ayam, tumisan, atau nasi goreng.

2. Barli

Makanan tambah susu badan seterusnya adalah barli.

Barli bantu kekalkan hidrasi tubuh dan merangsang hormon prolaktin (hormon penghasilan susu).

Cara amalkan: Minum air rebusan barli suam sepanjang hari atau masukkan barli dalam sup.

3. Sayuran Hijau (Bayam, Daun Kelor, Sawi)

Sayuran hijau kaya zat besi, folat, kalsium, serta vitamin A, C dan K.

Semua ini penting untuk ibu menyusu dan kualiti susu badan.

Cara amalkan: Buat sayur bening bayam, sup daun kelor, atau tumis sayur hijau dengan bawang putih.

4. Kacang (Badam, Gajus)

Makanan tambah susu badan yang lain adalah kacang.

Kacang kaya dengan protein, kalsium dan lemak sihat.

Badam sangat terkenal dalam amalan Ayurveda untuk banyakkan susu.

Cara amalkan: Makan segenggam kacang sebagai snek atau kisar jadi susu badam.

5. Biji (Flaxseed, Chia, Bijan)

Walaupun kecil, biji ini penuh khasiat.

Biji chia dan flax kaya dengan omega-3, manakala bijan tinggi kalsium — semua ini bantu penghasilan susu berkualiti.

Cara amalkan: Tabur atas oat, campur dalam minuman, atau masukkan dalam roti.

6. Kurma

Kurma kaya dengan gula semula jadi, zat besi dan magnesium.

Ia beri tenaga segera untuk ibu menyusu dan baik untuk pulihkan badan selepas bersalin.

Cara amalkan: Makan begitu saja, campur dalam susu panas, atau buat jus kurma.

7. Buah Kering (Aprikot, Kismis)

Buah kering padat dengan vitamin dan mineral.

Aprikot kaya tryptophan yang merangsang hormon prolaktin, manakala kismis membekalkan zat besi.

Cara amalkan: Makan sebagai snek atau tambah dalam bubur oat.

8. Lobak Merah & Ubi Keledek

Kedua-duanya kaya beta-karotena dan vitamin A yang penting untuk penyusuan.

Ia juga beri tenaga dan manis secara semula jadi.

Cara amalkan: Buat jus lobak merah atau rebus ubi keledek sebagai kudapan.

9. Coklat Gelap (Dark Chocolate)

Makanan tambah susu badan seterusnya adalah coklat gelap.

Coklat gelap mengandungi antioksidan dan theobromine yang boleh tingkatkan mood ibu.

Bila ibu rasa gembira dan tenang, hormon oksitosin lebih mudah merangsang aliran susu.

Cara amalkan: Makan sekeping kecil selepas makan atau cairkan dalam susu panas.

10. Susu Penuh Krim

Susu penuh krim kaya dengan protein, kalsium dan lemak sihat.

Ia beri tenaga dan menyokong tubuh ibu dalam menghasilkan susu yang berkualiti.

Cara amalkan: Minum segelas susu penuh krim panas sebelum tidur atau campurkan dalam smoothie.

Cara Menambah Susu Badan Selepas Bersalin

1. Susukan Bayi Dengan Kerap

Cara tambah susu badan selepas bersalin dengan susukan bayi dengan lebih kerap.

Lagi kerap bayi menyusu, lagi banyak rangsangan pada payudara untuk hasilkan susu.

Prinsipnya mudah: demand = supply.

cara tradisional tambah susu badan
Makanan tambah susu badan dapat memenuhi permintaan bayi baru lahir.

2. Minum Air Secukupnya

Minum air secukupnya juga antara cara banyakkan susu badan dalam pantang.

Susu badan hampir 90% terdiri daripada air.

Minum air suam setiap kali selepas menyusu supaya badan kekal terhidrat.

3. Amalkan Makanan Milk Booster

Pengambilan makanan milk booster juga salah satu cara banyakkan susu badan dalam pantang.

Makan makanan tradisional seperti halba, lobak putih, jantung pisang, daun kelor, oat, kurma atau kismis yang dipercayai bantu tambah susu.

4. Rehat & Tidur Yang Cukup

Cara menambah susu badan selepas bersalin dengan mendapatkan rehat dan tidur yang cukup.

Tubuh ibu perlukan masa untuk pulih.

Walaupun sukar dengan bayi kecil, cuba ambil peluang tidur sekejap bila bayi tidur.

5. Jaga Emosi & Elakkan Stress

Cara banyakkan susu badan dalam pantang yang paling penting adalah menjaga emosi dan elakkan stres.

Ibu yang tenang lebih mudah hasilkan susu badan kerana hormon oksitosin lebih stabil.

Sokongan suami dan keluarga sangat membantu.

Amalan dan Petua Banyakkan Susu Badan

Selain makanan, ada juga amalan tradisional yang boleh membantu.

Antaranya:

1. Urutan Payudara

Urutan lembut pada payudara sebelum menyusu membantu melancarkan saluran susu.

Ini antara cara tambah susu badan selepas bersalin yang mudah dan berkesan.

2. Bertangas atau Berurut

Cara tambah susu badan selepas bersalin adalah dengan bertangas atau berurut.

Orang dulu percaya bertangas boleh bantu pulihkan badan ibu lepas bersalin.

Bila badan rasa lebih segar, hormon pun lebih stabil, sekali gus merangsang susu.

3. Banyakkan Minum Air Suam

Air cukup penting dalam menghasilkan susu badan.

Badan yang terhidrat baik akan lebih mudah hasilkan susu.

4. Tidur dan Rehat

Cara banyakkan susu badan dalam pantang adalah dengan tidur dan rehat.

Walaupun susah nak cukup tidur dengan bayi kecil, cuba ambil masa untuk “nap” sekejap.

Rehat cukup boleh membantu badan pulih dan hasilkan susu dengan lebih baik.

Ubat Tambah Susu Badan di Farmasi

Selain makanan semula jadi, ada juga pilihan moden yang boleh didapati di farmasi.

Namun, penggunaan ubat tambah susu badan di farmasi perlu berhati-hati dan sebaiknya dengan nasihat doktor.

1. Domperidone (Motilium)

Ubat tambah susu badan di farmasi ini adalah untuk merangsang hormon prolaktin.

Ia bukan ubat biasa yang boleh diambil tanpa kawalan.

2. Kapsul Halba & Teh Penyusuan

Versi moden daripada petua lama.

Mudah didapati dalam bentuk suplemen yang lebih praktikal untuk ibu bekerja.

3. Vitamin Untuk Ibu Menyusu

B complex, zat besi dan kalsium penting untuk kesihatan ibu, sekali gus bantu penghasilan susu badan lebih berkualiti.

4. Milk Booster Moden

Banyak produk milk booster dalam bentuk serbuk minuman, coklat, atau kapsul.

Namun, keberkesanan berbeza mengikut individu.

Peringatan penting: Jangan ambil sebarang ubat tambah susu badan di farmasi tanpa nasihat doktor atau ahli farmasi, kerana setiap ibu ada kondisi kesihatan yang berbeza.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, ada banyak cara tradisional tambah susu badan yang boleh ibu cuba – daripada makanan, amalan harian, hinggalah kepada sokongan emosi.

Semua ini bukan saja membantu susu lebih lancar, malah membuat ibu rasa lebih sihat dan bertenaga.

Ingat, setiap ibu unik.

Apa yang berkesan untuk orang lain mungkin berbeza untuk anda.

Jangan risau kalau susu badan tak terus banyak – konsistensi dan kesabaran itu kuncinya.

Kalau anda seorang ibu baru yang tengah cari inspirasi untuk menambah susu badan, jangan putus asa.

Cuba satu persatu cara tradisional yang dikongsi dalam artikel ini.

Kalau rasa bermanfaat, kongsikan artikel cara tradisional tambah susu badan ini dengan ibu-ibu lain supaya lebih ramai mendapat manfaat.

Buku Pink hanya menggunakan sumber yang berkualiti tinggi, termasuk kajian yang disemak oleh pakar, untuk menyokong fakta dalam setiap artikel kami. Baca Proses Editorial Kami untuk mengetahui bagaimana kami menyemak fakta dan memastikan kandungan kami tepat, boleh dipercayai dan sahih.

BACA INI SETERUSNYA

Tag artikel